Featured post

[LA_LIGA] Ronaldo Tertekan!

sumber foto:Daily Mail Kekalahan kepada jiran setempat Atletico Madrid 1-0, membuatkan para pemain Real Madrid berasa kecewa khusus...

Wednesday, 24 February 2016

[UCL] Robben Kecewa di Italy

Perlawanan antara Juventus menentang Bayern Munich telah menyaksikan kebangkitan Juventus selepas kelab Italy itu mengikat Bayern Munich 2-2 di Turin.

Pada permulaan babak pertama perlawanan,kedua-dua pasukan berakhir dengan seri tanpa jaringan.Namun menjelang minit 43,Thomas Muller telah membuka jaringan pembukaan dan kemudian disusuli oleh jaringan Arjen Robben pada minit 55 bagi mendahului Juventus dengan jaringan 2-0.

Namun segalanya berubah sebelum 20 minit tamat perlawanan,apabila kecuaian pertahanan Bayern Munich pada minit 71 telah membuka peluang untuk Dybala menajaringkan gol untuk merapatkan kedudukan.Tidak sampai 10 minit,gawang Bayern akhirnya dibolosi sekali lagi oleh pemain gantian Juventus,Sturaro pada minit 76.

sumber foto:espn.fc


"Kami semua kecewa.Sepatutnya,apabila anda telah mendahului dua gol,anda perlu menamatkan perlawanan tersebut.Kami perlu bertenang dan perlu lebih fokus meskipun telah mendahului dua jaringan gol."kata Arjen Robben

Menurut kapten Bayern Munich,Phillp Lahm telah merasakan perlawanan menentang Juventus ini merupakan perlawanan yang hebat dan telah melabelkan Juventus sebagai pasukan yang kuat mengambil kesempatan atas kesalahanan mereka di atas padang

sumber:Stadium Astro


PERLAWANAN TIMBAL BALIK LIGA JUARA-JUARA EROPAH [ 2ND-LEG ]
WAKTU MALAYSIA

BAYERN MUNICH (2) VS (2) JUVENTUS
17 MAR 2016 | 3:45 PAGI







No comments:

Post a Comment