Featured post

[LA_LIGA] Ronaldo Tertekan!

sumber foto:Daily Mail Kekalahan kepada jiran setempat Atletico Madrid 1-0, membuatkan para pemain Real Madrid berasa kecewa khusus...

Sunday, 28 February 2016

[LA_LIGA] Ronaldo Tertekan!



Kekalahan kepada jiran setempat Atletico Madrid 1-0, membuatkan para pemain Real Madrid berasa kecewa khususnya bintang sensasi Madrid,Cristiano Ronaldo.

"Saya menyampah kerana berasa anda seperti menyalahkan saya.[Anda berkata],aksi Cristiano semakin merundum dan membuatkan Real Madrid juga merundum.Tidak!.Jika semua pemain seperti saya,mungkin kami berada di kedudukan atas."kata Ronaldo.

Tegas Ronaldo,dia tidak mahu memperkecilkan hati sesiapa kerana rakan-rakanya di Madrid semuanya adalah pemain yang bagus.



"Tetapi,jika ingin menjuarai takhta liga,anda memerlukan pemain-pemain yang terbaik.Kami kehilangan Benzema,Marcelo,Pepe dan Bale.Saya tidak berkata pemain yang bermain sekarang tidak bagus,tetapi anda mesti akan merindui pemain-pemain yang terbaik.",kata Ronaldo.

Kata Ronaldo,beliau ingin bermain bersama Benzema,Bale dan Marcelo.Tanpa Marcelo ianya akan menjadi lebih sukar.

Setakat ini Real Madrid ketinggalan 9 mata di belakang pendahulu liga,FC Barcelona yang akan menentang Sevilla malam ini.Jurang berbezaan mata di belakang FC Barcelona menyebabkan Real Madrid tertekan dan hanya mampu  mengharapkan FC Barcelona terus kalah meskipun situasi itu nampak samar-samar kerana kehebatan trio mereka iaitu,Messi,Suarez dan Neymar.


No comments:

Post a Comment