Featured post

[LA_LIGA] Ronaldo Tertekan!

sumber foto:Daily Mail Kekalahan kepada jiran setempat Atletico Madrid 1-0, membuatkan para pemain Real Madrid berasa kecewa khusus...

Sunday, 28 February 2016

[LA_LIGA] Ronaldo Tertekan!



Kekalahan kepada jiran setempat Atletico Madrid 1-0, membuatkan para pemain Real Madrid berasa kecewa khususnya bintang sensasi Madrid,Cristiano Ronaldo.

"Saya menyampah kerana berasa anda seperti menyalahkan saya.[Anda berkata],aksi Cristiano semakin merundum dan membuatkan Real Madrid juga merundum.Tidak!.Jika semua pemain seperti saya,mungkin kami berada di kedudukan atas."kata Ronaldo.

Tegas Ronaldo,dia tidak mahu memperkecilkan hati sesiapa kerana rakan-rakanya di Madrid semuanya adalah pemain yang bagus.



"Tetapi,jika ingin menjuarai takhta liga,anda memerlukan pemain-pemain yang terbaik.Kami kehilangan Benzema,Marcelo,Pepe dan Bale.Saya tidak berkata pemain yang bermain sekarang tidak bagus,tetapi anda mesti akan merindui pemain-pemain yang terbaik.",kata Ronaldo.

Kata Ronaldo,beliau ingin bermain bersama Benzema,Bale dan Marcelo.Tanpa Marcelo ianya akan menjadi lebih sukar.

Setakat ini Real Madrid ketinggalan 9 mata di belakang pendahulu liga,FC Barcelona yang akan menentang Sevilla malam ini.Jurang berbezaan mata di belakang FC Barcelona menyebabkan Real Madrid tertekan dan hanya mampu  mengharapkan FC Barcelona terus kalah meskipun situasi itu nampak samar-samar kerana kehebatan trio mereka iaitu,Messi,Suarez dan Neymar.


Thursday, 25 February 2016

[MANCHESTER UNITED] Schweinsteiger Diketepikan 4 Minggu


Pemain tengah Manchester United,Bastian Schweinsteiger terpaksa diketepikan sekali lagi selama 4 minggu dari skuad United selepas disahkan mengalami kecederaan lutut.

Schweinsteiger bermain kali terakhir untuk United ketika menentang Sheffield United pada 9 Januari yang lalu dalam saingan Piala FA.Sumber dari Daily Mail menyatakan, pemain tersebut mungkin akan kembali menjalani latihan seperti biasa pada akhir bulan Mar.

Namun kehadiran kembali Marco Rojo dan Antonia Valencia dalam skuad United pada Rabu,sedikit sebanyak melegakan pengurus Manchester United,Louis Van Gaal selepas kedua-dua pemain itu direhatkan kerana mengalami kecederaan.













[UEL] Sturridge Kecewa Sikap Peminat


Selepas direhatkan kerana kecederaan yang berpanjangan,Daniel Sturridge dalam sidang media menentang Augsburg berjanji akan bersama Liverpool pada masa akan datang meskipun ramai penyokong di media sosial banyak mempersoalkan keinginannya bermain untuk The Reds.


"Berkata seorang pemain tidak ingin bermain?Itu merupakan perbuatan biadap yang anda boleh katakan kepada seseorang pemain bola sepak. Itu merupakan sesuatu yang menghairankan dan mengecewakan kepada sesiapa yang berkata begitu."kata Sturridge.

"Inilah bola sepak dan semua individu mempunyai pandangan masing-masing.Tetapi,apa yang boleh saya katakan ialah,saya tidak fikir semua orang akan faham mengenai maksud bola sepak terhadap diri saya.

Tegas Sturridge,dia sangat optomis bagi membantu Liverpool mencapai kejayaan pada musim ini seberapa banyak yang boleh selepas pulih daripada kecederaan.


JADUAL PERLAWANAN UEL [2ND LEG]
Liverpool (0) vs Augsburg(0)
26 Feb 2016 | 2:00 PAGI


Wednesday, 24 February 2016

[AFC 2016] JDT Berada Dalam Kelas Tersendiri-Reaksi Netizen


Malam ini semestinya merupakan malam yang indah buat pemain,staf, dan peminat Johor Darul Takzim (JDT) selepas melihat JDT membelasah wakil pasukan dari Myanmmar,Ayeyawady United 8-1 dalam saingan AFC Cup.

Kapten JDT,Safiq Rahim yang dinobatkan sebagai Man of the Match malam ini,telah menjaringkan hat-rick(5'48',62') dan melakukan 4 assists bagi membantu JDT membenam Ayeyawady United di Larkin. Turut menjaringkan gol buat JDT ialah Pereyra Diaz(13') , Marcos (30') ,Martin Lucero (81',86') dan Aidil (88').

Gol sagu hati buat Ayeyawady United disumbangkan oleh Thiha Zam pada minit ke-7.

Sememangnya, malam ini malam terbaik untuk seluruh warga Johor Darul Takzim FC. Mari kita lihat komen netizen di Facebook.

[HIGHLIGHT] JDT 8-1 Ayeyawady United




Lagi satu perlawanan Kumpulan H antara Lao Toyato FC menentang JSW Bengaluru FC berakhir dengan kemenangan berpihak Lao Toyato FC dengan jaringan 2-1.

JDT mendahului kumpulan H berkongsi mata dengan Lao Toyato FCyang berada di tempat ke-2 selapas tamat satu perlawanan.

Selapas ini, Johor Darul Takzim akan menentang pasukan dari India iaitu JSW Bengaluru di Sree Kanteerava Stadium,Bangalore pada 9 Mar 2016 pada pukul 7 malam.

Perlawanan AFC 2016 | Kumpulan H
JSW Bengaluru FC (IND) vs Johor Darul Takzim FC (MAS)
9 Mar 2016 | 7 Malam (waktu Malaysia)

[UCL] Robben Kecewa di Italy

Perlawanan antara Juventus menentang Bayern Munich telah menyaksikan kebangkitan Juventus selepas kelab Italy itu mengikat Bayern Munich 2-2 di Turin.

Pada permulaan babak pertama perlawanan,kedua-dua pasukan berakhir dengan seri tanpa jaringan.Namun menjelang minit 43,Thomas Muller telah membuka jaringan pembukaan dan kemudian disusuli oleh jaringan Arjen Robben pada minit 55 bagi mendahului Juventus dengan jaringan 2-0.

Namun segalanya berubah sebelum 20 minit tamat perlawanan,apabila kecuaian pertahanan Bayern Munich pada minit 71 telah membuka peluang untuk Dybala menajaringkan gol untuk merapatkan kedudukan.Tidak sampai 10 minit,gawang Bayern akhirnya dibolosi sekali lagi oleh pemain gantian Juventus,Sturaro pada minit 76.

sumber foto:espn.fc


"Kami semua kecewa.Sepatutnya,apabila anda telah mendahului dua gol,anda perlu menamatkan perlawanan tersebut.Kami perlu bertenang dan perlu lebih fokus meskipun telah mendahului dua jaringan gol."kata Arjen Robben

Menurut kapten Bayern Munich,Phillp Lahm telah merasakan perlawanan menentang Juventus ini merupakan perlawanan yang hebat dan telah melabelkan Juventus sebagai pasukan yang kuat mengambil kesempatan atas kesalahanan mereka di atas padang

sumber:Stadium Astro


PERLAWANAN TIMBAL BALIK LIGA JUARA-JUARA EROPAH [ 2ND-LEG ]
WAKTU MALAYSIA

BAYERN MUNICH (2) VS (2) JUVENTUS
17 MAR 2016 | 3:45 PAGI







Tuesday, 23 February 2016

[UCL] Harapan Arsenal Semakin Malap-Reaksi Netizen

Harapan Arsenal untuk melayakkan diri ke suku akhir Liga-Liga Juara musim ini semakin malap apabila dikalahkan oleh FC Barcelona awal pagi tadi.

Lionel Messi ialah watak peting ketika perlawanan menentang Arsenal apabila dia telah menjaringkan dua gol sebelum 20 minit tamat perlawanan.

Akhirnya,rekod buruk Messi menentang penjaga gol Arsenal,Petr Cech sebelum ini akhirya lebur dalam perlawanan epik semalam.

Oleh itu,pelbagai reaksi netizen di laman sosial mengenai rekod Messi vs Cech yang lebur serta kekalahan Arsenal semalam. Mari kita lihat!












Namun,perlawanan timbal balik akan diadakan di stadium Camp Nou dan ini sekali gus memastikan skuad Arsenal akan berusaha habis-habisan mengalahkan FC Barcelona meskipun tugas itu nampak sukar.

WAKTU PERLAWANAN TIMBAL BALIK UCL [2ND LEG] |WAKTU MALAYSIA

FC BARCELONA(2) VS ARSENAL(0)
17 MAR 2016 | 3:45 PAGI

Sunday, 21 February 2016

[TOP 10] Page Sukan di Malaysia Paling Disukai di Facebook

Di Malaysia,pelbagai halaman sukan (page) ditubuhkan bagi mendekati peminat-peminat mereka di samping melaporkan pelbagai berita atau info terkini dan sahih kepada likers di Facebook.

Namun,page sukan yang manakah mendapat tempat dan disukai oleh masyarakat di halaman Facebook pada masa ini?Mari kita lihat!

10.Manchester United Malaysia | 105 812 likes


9.Petronas Motorsports | 172 805 likes


8.Malaysian Invasion Mixed Martial Arts-MIMMA | 203 285 likes


7.Spartan Race Malaysia | 205 250 likes


6.Terengganu FC | 207 124 likes


5.Perak The Bos Gaurus | 273 839 likes


4.TRWFC | 282 902 likes


3.Kelantan FA | 395 409 likes


2.Johor Southern Tigers | 1 332 668 likes


1.Harimau Malaya | 1 529 917 likes











Saturday, 20 February 2016

[TOP 10] Negara yang Penduduknya Paling Ramai Menggunakan Internet

November 30,'Internet World Stats' telah merekodkan 10 negara teratas yang rakyatnya paling ramai menggunakan kemudahan internet untuk pelbagai tujuan.Antaranya adalah untuk tujuan bersosial,mengembangkan urusan perniagaan,bermain permainan video secara online dan lain-lain.

Setakat 15 November 2015,statistik yang telah dikeluarkan oleh laman web tersebut, mencatatkan lebih 500 juta orang telah menggunakan internet di seluruh Asia.Namun negara asia manakah yang mencatatkan penduduknya paling ramai menggunakan internet dalam kehidupan seharian mereka?

10.Malaysia 

Jumlah Pengguna Internet: 20.6 Juta Pengguna

9.Pakistan

Jumlah Pengguna Internet : 29.1 Juta Pengguna

8.Korea Selatan

Jumlah Pengguna Internet: 45.3 Juta Pengguna

7.Flipina

Jumlah Pengguna Internet: 47.1 Juta Pengguna

6.Vietnam

Jumlah Pengguna Internet:47.3 Juta Pengguna

5.Bangladesh

Jumlah Pengguna Internet: 53.9 Juta Pengguna


4.Indonesia

Jumlah Pengguna Internet:78 Juta Pengguna

3.Jepun

Jumlah Pengguna Internet: 114.9 Juta Pengguna

2.India 

Jumlah Pengguna Internet: 375 Juta Pengguna

1.China

Jumlah Pengguna Internet: 674 Juta Pengguna


sumber:http://www.internetworldstats.com/

RM16 ialah Nilai Untuk Seorang Pengguna Facebook di Malaysia


Laman sosial Facebook yang telah diasaskan oleh Mark Zuckerberg sejak 2004 telah mencatatkan pertumbuhan positif tahun demi tahun.


Menurut Washington Post,laporan yang telah diterbitkan oleh Facebook untuk suku keempat tahun 2015 telah menyatakan laman sosial tersebut telah menjana secara purata $3.73 (RM15.84) bagi setiap pengguna akaun Facebook.

Selain itu,Facebook juga telah mencatatkan 1.59 billion pengguna aktif di seluruh dunia dan telah membuatkan pesaing laman sosial yang lain seperti Apple dan Twitter terasa tergugat ekoran pertumbuhan pengguna yang lembab beberapa minggu lalu.

Konklusninya,nilai pengguna laman sosial Facebook di Malaysia lebih kurang berharga RM16.00 di mata Facebook dan www.internetworldstats.com telah mengeluarkan stastik pengguna Facebook di Malaysia telah mencapai 18 Juta orang sejak 15 November 2015 yang lalu.



Thursday, 18 February 2016

Rakaman Mengejut Helikopter Terhempas di Hawaii

'Now This' telah memuat naik video ini di laman akau Facebooknya dan telah melaporkan kejadian tersebut berlaku berhampiran 'The Arizona Memorial'.Secara kebetulan,kejadian helikopter terhempas tersebut betul-betul dirakam secara dekat.


Menurut 'Now This', 5 penumpang di atas helikopter tersebut dan seorang telah cedera parah.Punca helikopter tersebut terhempas masih tidak dapat dikenal pasti lagi.



[
VIDEO] Rakaman secara dekat helikopter terhempas di Hawaii